Monday 21 December 2015

Unforgettable December

Assalammualaikum..

I live in the heart of fairly busy city.But my simple garden is like a little sanctuary.




Alhamdulillah..Walaupun rumah aku hanya rumah apartment di tingkat 5. Hasil dari usaha dan kerajinan suami terciptalah taman mini untuk kami suami isteri. Penat lelah seharian terbayar dengan pemandangan ini. Bagi mereka yang merasakan hanya landed house sahaja yang boleh kita olah untuk dijadikan taman , tidak pula bagi kami suami isteri. Ruang yang terhad bukanlah halangan untuk kami menciptakan sesuatu yang menenangkan. Bajet untuk menghasilkannya juga tidak memerlukan belanja yang besar. 



Balkoni asal . Dari sini telah mencetuskan idea untuk kami menjadikannya Taman Mini.


Hasil pertama kami dalam merealisasikan Taman Mini


Kemudian kami tambahkan dengan air pancut mini yang murah..
Alam dan tumbuhan adalah terjemahan kasih dan sayang Pencipta pada hambanya. Ia membuatkan aku lebih menghargainya. Sukar untuk aku terjemahkan melalui penulisan. Semakin aku dewasa semakin aku menghalusi setiap lenggok liuk lentok tumbuhan yang disapa sang bayu..Subhanallah Maha Suci Allah yang sangat hebat. Yang tidak mampu aku luah..Yang hanya mampu aku lapah dan jamah setiap kenidahan ciptaanNya.











Sunday 20 December 2015

Disember 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah umurku menjangkau 30 an (early 30`s for being legit) akhirnya blog barulah dilahirkan. Walaupun tuan belog sudah senja. Sedih bukan? Dan semestinya saya yang baru merangkak dan bertatih dikala usia tidak muda mungkin akan mengalami kesukaran untuk berbelog..(Eh awal - awal lagi sudah pesimis).Terpulang pada setiap individu untuk berkongsi apa sahaja yang diingini asalkan tidak melampaui batas ye dak? Aku? Belum pasti lagi. Eh..Serius mengarut..In shaa Allah selepas ini akan aku cuba menulis..

Wassalam..